soya bahaya ?? : 7 kriteria memilih soya yang selamat

Terdapat isu tentang kacang soya yang dikatakan berbahaya dan boleh menyebabkan kanser. tahukah anda, sesuatu bahan itu akan jadi bahaya hanya apabila ia telah diubah secara genetik. jika ia semulajadi, InsyaAllah tiada masalah. terdapat kajian yang dijalankan tentang soya terhadap individu-individu yang menghidap kanser. Hasil daripada kajian tersebut, apabila soya yang berkualiti tinggi dan semulajadi(tidak diubah genetiknya) diberikan kepada penghidapr kanser secara konsisten, pertumbuhan kanser terbantut sebanyak 35% dan mengurangkan risiko mereka daripada mati akibat kanser.






GMO Soya


NON-GMO Soya

sebelum amalkan sesuatu sumber minuman dari soya..kita perlu tahu 7 kriteria pemilihan soya yg sepatutnya ada pada soya tu. jika ia TIDAK penuhi walau 1 pun dr list 7 kriteria tu, ia TIDAK SELAMAT diambil utk jangkamasa pjg

 7 kriteria memilih soya yang selamat:

1. kacang soya itu sendiri mesti tumbuh dan membesar secara organik. MEngapa? Berdasarkan kajian, soya bukan organik (secara kimia) akan menyebabkan nutrisi makanan yang terdapat dalam soya berkurangan. Dan terbukti dari segi kajian terdapat hubungkait antara kanser dan nitrates(yang wujud dr penanaman secara kimia). jadi, amatlah penting bahan, bahan kimia seperti pesticides, fungicides dan herbicides tidak digunakan di sepanjang proses pembesaran soya.

2. kacang soya tersebut mestilah NON-GMO( non-genetically modified). maknanya ia tidak diubah genetiknya. MEngapa?? secara umum, kos pengahasilan kacang soya dari jenis GMO(yg diubah genetik) adalah murah, mudah dan cepat. kebanyakan syarikat akan mencari cara untuk menjimatkan kos. jadi pilihan mereka semestinya soya GMO. Kenyataan daripada Brazilian Government Scientist, Dr. Louis J. Pribyl, berdasarkan kajian yang dijalankan, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru di masukkan kedalam sel tumbuhan.

3. Protein soya tersebut mestilah mengandungi 9 asid amino perlu. Ini adalah salah satu ciri yang amat penting. tahukah anda?? badan kita amat-amat memerlukan kesemua 9 asid amino ini untuk menhasilkan hormon, jus penghadaman, antibodi, enzim dan lain-lain. Jika 1 asid amino ini tiada/tidak dapat dibekalkan ke tubuh, sistem imun kita boleh berkurang sebanyak 30%. dan juga banyak fungsi tubuh yang penting boleh terganggu atau terhenti.

4. Dalam proses pembuatan soy isolate, kacang soyang tersebut mestilah dibasuh dengan air. bukan dibasuh dengan alkohol. Jika dicuci dengan alkohol, kandungan isoflavone akan termusnah sehingga 88%. isoflavone tu apa?? isoflavone ni satu ingredient yang diperlukan untuk mengurangkan risiko kanser seperti kanser paru-paru dan lain-lain. isoflavones juga bermanfaat dalam penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang (tulang lebih mampat)

5. Bahan anti-thyroid / anti-growth substance mesti disingkirkan. untuk makluman anda, soya mentah mengandungi "änti-growth" dan "anti-tyrosine"substance.Carilah produk yang menggunakan proses pengekstrakan bersuhu rendah yang mampu menyingkirkan kedua-dua bahan ini tapi masih mengekalkan komposisi soya mentah supaya kandungan asid amino dan isoflavones yg tinggi dapat dikekalkan kerana kedua-duanya sangat sensitif kepada suhu tinggi.

6. Proses pembuatan protein soya sebaiknya adalah tanpa pemanasan. asid amino adalah komponen yang sangat sensitif pada suhu yang panas. dalam kajian yang dijalankan, protein yang dimasak menunjukkan terdapat kemusnahan sekurang-kurangnya 50% kepada sebahagian amino asid perlu. jika individu tersebut secara berterusan mengambil pemakanan yang kekurangan amino asid perlu, akan berlaku gangguan terhadapat perkembangan otak dan gangguan hormon dalam tubuh. dan juga tidak mustahil berlakunya pertumbuhan tisu baru dalam tubuh

7. soy isolate tersebut mestilah ditambah dengan unsur kalsium. Mengapa agak-agaknya ye??? Kajian yang dijalankan melaporkan bahawa serbuk soya yang terhasil adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan kerapuhan tulang. Oleh yang demikian, unsur kalsium yang secukupnya mesti ditambah ke dalam soy protein itu untuk meneutralkan semula serbuk soya tersebut. dan kebanyakan pengusaha/pengeluar protein tidak menambah cukup kalsium ke dalam serbuk soya keluaran mereka.


Jika anda baca dan fahamkan betul-betul, takut rasanya nak ambil kebanyakan produk soya yang ada dekat pasaran sekarang. Wallahualam.

Namun Begitu, Di Shaklee, terdapat produk soya yang dinamakan ESP-soy protein isolate powder. Kami selalu menggelar ia "berharga"kerana ia memenuhi kesemua kriteria pemilihan soya yang selamat di atas.
 Alhamdulillah.



energising soy protein
Dan sedikit info untuk anda. Tubuh kita terdiri daripada sel. tubuh yang tidak sihat dan bermasalah adalah kerana sel tubuh kita tidak sihat. Manakala protein pula makanan sel. Berikan sel kita makanan protein dari sumber premium. InsyaAllah sel kita sihat.. maka tubuh kita juga akan menjadi sihat. 

pilihan kami tentunya ESP Shaklee

Buatlah pilihan yang tepat. Pilihlah Soya Premium demi kesihatan jangkamasa panjang

Untuk Maklumat lanjut, 
boleh hubungi saya,
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...